Harga Emas 999.9 Terkini

RM Loading...
Per gram

RM Loading...
Per gram

Loading...

Produk Emas Meem Gold

Pelbagai rekabentuk dan saiz emas Meem Gold terdiri daripada Set Dinar dan GoldBars juga Keluaran Edisi-Edisi Terhad.
Tentang kami

Mengapa Meem Gold?

Ingat Emas Ingat MEEM

Meem Gold telah ditubuhkan pada 2021 dengan platform dagangan dalam talian (Elzar Shariah Solution Sdn Bhd merupakan penasihat shariah kepada kesemua produk emas dan operasi perdagangan) yang mengubah cara anda membeli, menyimpan, menjual dan menebus emas fizikal. Kami pakar dalam pembuatan emas goldbar, emas dinar & barang kemas serta menawarkan nilai hebat, kepelbagaian produk yang menakjubkan dan perkhidmatan mesra pelanggan.

Pelbagai produk emas fizikal disediakan untuk pelanggan. Kami sentiasa memberi tumpuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan menawarkan pelbagai barangan perhiasan juga batu permata dan perkhidmatan barang kemas lain.


Penasihat Shariah

Elzar Shariah Solution Sdn Bhd merupakan penasihat shariah kepada kesemua produk emas dan operasi perdagangan kami. Ia adalah sebagai mematuhi amalan dan garis panduan pematuhan shariah dan selaras dengan piawaian MS1900:2015, AAOIFI Gold Standard dan perdagangan emas Muzakarah JAKIM.

DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Pengarah Urusan
Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd

Click to enlarge

“Apa Kata Mereka” Yang Sudah Mula Menyimpan Emas.

FAQs

Soalan Lazim Yang Selalu Ditanyakan

Apakah beza harga akaun emas Meem berbanding harga emas fizikal?

Harga akaun emas Meem berubah setiap hari pada/selepas jam 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 15 minit, oleh itu dalam satu-satu masa, harga Meem lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal. Selain dari itu, harga Meem sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar gram emas fizikal, lebih rendah harga per gram.

Manakah lebih baik? Simpan emas 999 atau emas perhiasan 916?

Sememangnya emas simpanan 999 atau emas 24k mempunyai kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan emas perhiasan 916 atau emas 22k. Kerana emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dan dengan harapan mendapat pulangan yang tinggi.

Bila waktu paling sesuai untuk membeli emas?

Untuk makluman, waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit saving yang TIDAK akan kita gunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, TIDAK ada siapa pun tahu esok harga akan rendah atau tinggi.

Apakah perbezaan dinar emas dan emas gold bar?

Perbezaan paling ketara ialah dari ukuran dan design. 1 dinar bersamaan 4.25 gram. Pada kebiasaannya set dinar akan berbentuk bulat sementara gold bar pula berbentuk petak.

Adakah wajib bayar zakat untuk akaun emas Meem?

Emas dalam bentuk akaun mahupun fizikal, gold bar atau dinar, jika jumlah emas simpanan mencecah 85 gram atau lebih, dan simpanannya cukup setahun, wajib bayar zakat pada kadar 2.5% daripada harga emas semasa. Maklumat lanjut sila layari: zakat.com.my

Apa perlu saya buat untuk daftar sebagai ahli Meem?

Ianya mudah sahaja. Isikan maklumat diri anda disini. Selepas daftar, untuk mendapat bimbingan dari saya, sila whatsapp saya disini.